Pusat Pendidikan Berterusan

E-mail Print PDF

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (JPB), KOLEJ POLY-TECH MARA

Kejayaan memaparkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatan dalam usaha menyebar luaskan visi, misi dan objektif jabatan ini kepada pelanggan melalui pendidikan. Jabatan ini adalah komited dan akan terus berusaha untuk terus aktif dalam membangun dan melaksanakan program-program pendidikan separuh masa sebagai salah satu usaha menyokong matlamat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Adalah menjadi hasrat jabatan kami agar laman web ini dapat berperanan sebagai perantara dan penghubung yang berkesan sesuai dengan fungsinya untuk menyediakan maklumat pendidikan dan kursus jangka pendek yang bermanfaat dan interaktif kepada pelanggan pelanggan.

Melalui laman web ini juga, jabatan ini akan berusaha memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada semua yang menyokong kami.

Sekian.

Khasnah binti Mohd Yatib

Last Updated on Wednesday, 02 March 2016 09:44

Kolej Poly-Tech MARA | Copyright 2012 © Pusat Pendidikan Berterusan KPTM